// Nature.
Home ☁ Follow ☁ Facebook ☁ Twitter ☁ Instagram ☁ Tumblr
disclaimer

"Hydrogen in our veins, it cannot hold itself, our blood is boiling. And the pressure in our bodies that echoes up above it is exploding. And our particles that burn it all because they aim for each other. And although we stick together it seems that we are stranging one another."


Andai kesempurnaan yang yang inginkan, maka jangan jadikan aku sebagai pilihan.


Tagboard




Twitter


Tweets by @nrsyhmn

History



#4Thursday, 19 March 2015 leave me ♥?

Semoga esok dan seterusnya,
bakal dihiasi dengan memori indah.

Suka duka hidup;
pahit manis rasa,
biar dikenang menjadi kisah;
untuk permulaan yang barunya.




Because Allah will always give us a chance to change for good. No matter what, there still have hopes. 

#3Saturday, 7 March 2015 leave me ♥?

Mencari-cari di mana perginya cahaya.
Menangis hiba dalam kegelapan malam purnama.
Kasih hilang tanpa berita.
Hati terus merintih, pulanglah kasih yang ku cinta.

Saat cahaya itu hadir datang menyapa;
jangan disalahkan takdir yang Esa.
Hati tidak lagi mampu menerima.
Lalu dibuang dan dihina.

Lalu kasih itu pergi berduka.
Tidak dijangka saat dia hadir--
ku menolak kasar mencerna.
Langsung tidak dihargai yang ada di depan mata.

Maka pergilah dia.
Meninggalkan aku lagi tanpa berita.

Saat itu baru aku tahu--
bertapa nikmatnya penghargaan;
dan bertapa sakitnya kehilangan.

#2Tuesday, 9 September 2014 leave me ♥?

Kita beruntung;
kerana sudah dilahirkan dengan nikmat Islam.
Lahir sahaja di muka bumi ini,
kalimah Allahuakhbar didengarkan ke telinga kita.

Waktu itu;
kita masih lagi bayi.
Baru nak kenal dunia.
Baru nak celik mata melihat dunia.
Baru nak rasa aura dunia.

Kita beruntung,
kerna hidup kita dihiasi dengan nikmat Islam.
Ibu ayah mengajar kita mengaji.
Ibu ayah mendidik kita penuh kasih.
Ibu ayah melatih kita solat lima waktu.
Dan ibu ayah memimpin kita ke arah jalan yang diredhai.

Kita beruntung,
kerna Islam agama kita sejak kita bayi lagi.

Namun;
dasawarsa ini, Islam hanya pada nama.
Bukan lagi pada diri.
Ini lah masalah manusia.

Makin leka dengan dunia,
makin jauh dengan agama; Islam.
Terus dilupa wasiat Nabi Muhammad,
dan terus mengingkari perintah Tuhan; Allah.

Diri,
moga kau terus berdiri di jalan Allahu Rabbi.

Sahabat,
tarik aku sekiranya aku leka dengan hasutan syaitan durjana.
Sedarkan aku, tarik aku ke jalan yang benar.

Kalian (saudara seagama),
ayuh sama-sama kita berpimpin tangan.
Menuju ke jalan Allah dan menegakkan kembali ajaran agama yang mulia;
iaitu Islam tercinta.

#1Wednesday, 3 September 2014 leave me ♥?

Bicara soal cinta;
apa yang terlintas dalam fikiran?
Aku bukan pakar cinta,
mahupun doktor cinta.

Bicara soal cinta;
cinta di dunia ini tak membawa apa-apa makna.
Jika tiada redha yang Maha Esa.
Sebab itu soal cinta,
berat untuk aku diskusikan.

Bicara soal cinta;
kau yakin bahagia?
Bahagia diulit cinta palsu;
mainan syaitan durjana.
Kau pasti cinta itu yang beri kau kekuatan?
Kau pasti cinta itu yang membuatkan kau tersenyum bahagia?
Kau pasti?

Bicara soal cinta;
ya memang cinta itu fitrah.
Namun, awas ya.
Jangan sampai fitrah menjadi fitnah.
Kelak fitnah itu meratah diri,
bahana pedih sengsara menimpa.

Sahabat,
kerana sayang, aku mahu tarik kau kembali.
Tarik ke pangkal jalan yang sepatutnya kau berdiri.
Aku tidak mahu kau terus dihanyut mimpi ilusi.
Aku tidak mahu kau menjadi mangsa nafsu sang durjana lelaki.
Aku tidak mahu itu berlaku, sahabat.
Tolong fahami.

Jadi,
saat bicara cinta dipersoalkan;
ini jawapan aku.
Jawapan yang mungkin membantu.
Untuk kau turn off cinta pada manusia.
Sebaliknya bersungguh-sungguh,
mengejar cinta sang pencipta cinta;
Allah (swt).

Gapai bersama, mardhatillah.

FUTURE
PAST