// Nature.
Home ☁ Follow ☁ Facebook ☁ Twitter ☁ Instagram ☁ Tumblr
disclaimer

"Hydrogen in our veins, it cannot hold itself, our blood is boiling. And the pressure in our bodies that echoes up above it is exploding. And our particles that burn it all because they aim for each other. And although we stick together it seems that we are stranging one another."


Andai kesempurnaan yang yang inginkan, maka jangan jadikan aku sebagai pilihan.


Tagboard




Twitter


Tweets by @nrsyhmn

History



#1Wednesday, 3 September 2014 leave me ♥?

Bicara soal cinta;
apa yang terlintas dalam fikiran?
Aku bukan pakar cinta,
mahupun doktor cinta.

Bicara soal cinta;
cinta di dunia ini tak membawa apa-apa makna.
Jika tiada redha yang Maha Esa.
Sebab itu soal cinta,
berat untuk aku diskusikan.

Bicara soal cinta;
kau yakin bahagia?
Bahagia diulit cinta palsu;
mainan syaitan durjana.
Kau pasti cinta itu yang beri kau kekuatan?
Kau pasti cinta itu yang membuatkan kau tersenyum bahagia?
Kau pasti?

Bicara soal cinta;
ya memang cinta itu fitrah.
Namun, awas ya.
Jangan sampai fitrah menjadi fitnah.
Kelak fitnah itu meratah diri,
bahana pedih sengsara menimpa.

Sahabat,
kerana sayang, aku mahu tarik kau kembali.
Tarik ke pangkal jalan yang sepatutnya kau berdiri.
Aku tidak mahu kau terus dihanyut mimpi ilusi.
Aku tidak mahu kau menjadi mangsa nafsu sang durjana lelaki.
Aku tidak mahu itu berlaku, sahabat.
Tolong fahami.

Jadi,
saat bicara cinta dipersoalkan;
ini jawapan aku.
Jawapan yang mungkin membantu.
Untuk kau turn off cinta pada manusia.
Sebaliknya bersungguh-sungguh,
mengejar cinta sang pencipta cinta;
Allah (swt).

Gapai bersama, mardhatillah.

FUTURE
PAST